Ahad, 3 Januari 2016

PEMANTAUAN AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2016

3 Januari 2016 - Pemantauan awal persekolahan telah diadakan bermula pada 3 Januari 2016 - 14 Januari 2016. Dua kumpulan dari PPID Mersing telah dibentuk untuk memudahkan pemantauan ke sekolah-sekolah yang telah ditetapkan mengikut jadual yang ditentukan oleh Unit Pengurusan Sekolah.
         Selain itu, UPS juga telah mengadakan lawatan Minggu Ukhwah Sekolah (MUS) pada 28 Disember - 30 Disember 2015 ke sekolah-sekolah yang telah ditatapkan. Lawatan MUS ini adalah bertujuan memastikan pihak sekolah mengadakan minggu suai kenal antara guru dengan pelajar Tahun 1 dan pelajar Tadika Islam Johor. Dengan adanya Program MUS ini pelajar akan dapat menyesuaikan diri sebelum minggu persekolahan sebenar bermula.

"GURU MEMBINA ILMU DAN MENYEMPURNAKAN AKHLAK"